Sesungguhnya bukan senang untuk mengekalkan kesihatan dan pemakanan yang seimbang ketika hamil. Terutamanya bagi para ibu yang berkerjaya. Tetapi kepentingan terletak kepada kesihatan anak yang sedang dikandung.

Oleh sebab itu, para ibu perlu lebih peka dengan peamakanan dan pengambilan zat tambhaan bagi memastikan kelancara pertumbuhan bayi dan juga semasa bersalin. Berikut diberikan sedikit makanan yang boleh diambil bagi membantu proses perkembangan bayi.
- Telur
Ia adalah bahan masakan yang paling mudah untuk dimasaka dan versatail. Ia juga sangat berkhasiat! Telur merupakan sumber yang baik untuk kolin dimana ia membantu dalam melancarkan proses di dalam badan kita termasuk perkembangan otak.

- Sayur hijau gelap
Carilah sayu-sayuran berdaun yang berwarna hijau gelap. Ia kaya dengan khasiat termasuk kalsium, folat, serat, zat besi, kalium dan vitamin A, C, dan K. kebanyakannya juga mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang sangat baik untuk menambah tenaga.
- Daging yang kurang berlemak
Semestinya, anda perlu makan daging di mana ia merupakan sumber protein yang utama. Ia juga tinggi dengan zat besi yang dapat membantu dalam pelancaran oksigen di dalam darah, untuk anda dan bayi anda.
- Bijirin penuh
Oleh sebab ketika hamil, para ibu sepatutnya mengambil kalori yang lebih banyak, bijirin penuh dapat membantu mengecapi destinasi tersebut. Makanan yang berbijirin penuh kaya dengan serat, magnesium, dan vitamin B
- Avokado

Buah ini tidak asing lagi dengan rasanya yang berlemak dan sangat enak diletakkan di dlam salad anda ataupun tukarkannya menjadi guacamole. Ia dipenuhi dengan lemak yang baik, folat dan kalium yang menjadikannya sangat sesuai umtuk dinikmati oleh wanita hamil. Dengan memakan avokado, secara tidak langsung kita membantu perkembangan kulit, tisu dan otak bayi. Ia juga dapt membantu mengurangkan risiko kekejangan kaki kepada para ibu.
- Air

Yang terakhir ini adalah sesuatu yang tidak logik sekiranya para ibu tidak utamakan. Pastikan anda sentiasa terhidrasi kerana kandungan darah anda meningkat sebanyak 1.5 liter daripada biasa. Ia dinasihatkan supaya para ibu untuk minum 2 liter air sehari dan sentiasa minum sebaik sahaja terasa haus.
Begitulah dia sedikit ilmu yang ingin dikongsikan bersama. Tips ini adalah mengikut keadaan umum para ibu. Setiap ibu mungkin memerlukan keperluan yang lain. Sentiasa berhubung dengan doktor anda tentang langkah yang paling baik bagi menjaga kesihatan kandungan anda.
Sumber: StethNews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.