Baru-baru ini sebuah rakaman video dua ekor biawak di sebuah tempat letak kereta di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta mula tular di laman Twitter.
![[video] biawak berlawan di tempat letak kereta seakan adegan dalam filem buatkan netizen terhibur!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/biawak01.jpg)
Sekumpulan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyaksikan kejadian yang agak menarik, dua biawak kelihatan "berpelukan" di tempat letak kereta.
Dalam video tersebut, dua biawak kelihatan seakan-akan "berpelukan" hingga jatuh ke tanah. Kemudian ia menunjukkan mereka bangkit semula dan kembali bergelut antara satu sama lain.
Suara pelajar-pelajar dapat didengar dalam rakaman video tersebut menyoalkan apa haiwan-haiwan reptilia itu sedang lakukan.
“Buat apa ni, jangan la bergaduh di tengah jalan,” kata seorang pelajar dalam rakaman video itu.
Rakaman video yang dimuat naik oleh @adriananaziha telah terima 2,786 RT dan 9,798 tanda suka.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Ada yang berkata ia seakan adegan dalam filem Godzilla.
![[video] biawak berlawan di tempat letak kereta seakan adegan dalam filem buatkan netizen terhibur!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/screen-shot-2021-07-28-at-5-21-38-pm.png)
Sumber: Twitter adriananaziha
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.