Apakah pemandangan yang paling menyakitkan hati apabila kita berada di pantai? Sampah-sampah dan botol plastik yang bergelimpangan.
Seorang pemuda yang berinovasi di Republik Cameroon menunujukkan inisiatif untuk membersihkan pantai di negaranya dengan mengutip botol-botol plastik yang kosong dan membina bot yang boleh dinaiki.

Ismaël Essome Ebone mendapat ilham untuk projek yang dinamakan sebagai “EcoBoats” ini sewaktu menjadi pelajar pada tahun 2011. Kawasan perumhannya ketika itu baru sahaja dilanda ribut petir yang dahsyat dan beliau terlihat beberapa biji botol pastik yang hanyut di bawa air banjir.
Beliau membina beberapa boat yang diperbuat daripada botol palstik dan menyimpannya untuk digunakan sekiranya berlaku ribut petir ynag seterusnya. Para nelayan di kawasannya melihat keberkesanan bot tersebut.

Beliau kemudiannya melaburkan kesemua duitnya untuk mewujudkan sebuah pertubuhan non-profit yang bertujuan untuk mengutip sampah-sampah plastik di pantai bersekitaran dan menukarkannya kepada bot yang boleh digunakan oleh para nelayan dan juga eco-tourism.
Pertubuhan beliau telah berjaya memasang EcoBin pertama di negaranya yang berfungsi untuk mengutip, mengumpul, dan mengitar semula bahan buangan.
Sumber: Madiba & Nature
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.