![boleh cuba bersihkan kuali cara ini, hasil berkilat sama macam cara sugu pavithra!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/kualii640.jpg)
Nama Youtuber Sugu Pavithra sedang meningkat naik, terutama sekali dengan video masakkan dan cara mencuci kuali yang viral baru-baru ini.
Apa yang mengagumkan kuali yang digunakan itu dibeli 3 tahun yang lalu tetapi nampak berkilat seperti baru!
Okay apa kata kita cuba tips daripada Kil Aurora ini, hasilnya sama persis macam cara Sugu Pavithra.
#1 Rendam kuali dengan lemon dan baking soda
![boleh cuba bersihkan kuali cara ini, hasil berkilat sama macam cara sugu pavithra!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/96519576_3163981600308367_2454669961096855552_n.jpg)
- Panaskan dulu air sebelum rendam kuali. Biarkan kuali berendam selama 2 jam. Kerak yang tebal boleh dikikis dengan pisau selepas 2 jam direndam.
#2 Gosok tanpa air
![boleh cuba bersihkan kuali cara ini, hasil berkilat sama macam cara sugu pavithra!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/95830096_3163981633641697_3075038726708002816_n-1.jpg)
- Gosok pakai berus gawai menggunakan sabun buku ataupun sabun kuning.
#3 Bilas dengan air dan sudah siap!
![boleh cuba bersihkan kuali cara ini, hasil berkilat sama macam cara sugu pavithra!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/96828042_3163981686975025_941745654948954112_n.jpg)
Jadi siapa yang ada kuali yang ada kerak tebal tu tak perlu beli yang baru. Boleh cuba cara ini, mudah dan murah! Selamat mencuba!
Sumber: Kila Aurora
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.