Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Boleh Ke? Apa Hukum Memandulkan Kucing?

Boleh Ke?
Izwan
22 Feb 2024, 04:22 PM

Apa hukum mandulkan kucing betina untuk elak kucing beranak-pinak kerana risau banyak anaknya yang mati. Sebelum ini, berpuluh-puluh ekor kucing mati disebabkan oleh sakit atau kena langgar.

Jawapan: Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram.

Namun, jika ada keperluan seperti menolak kemudaratan yang pasti, maka hukumnya adalah harus.

boleh ke? apa hukum memandulkan kucing?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pihaknya menasihati orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.

Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram di sisi mazhab Syafi’i. Kami telah bincangkan mengenai perkara ini dalam artikel al-Kafi, Hukum Memandulkan Kucing.

Firman Allah: “(Syaitan berkata) Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.” Surah al-Nisa’ (119)
Ibn Umar, Anas, Said bin Musayyib dan Qatadah berpandangan bahawa ayat di atas menerangkan mengenai larangan untuk memandulkan binatang kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW melarang memandulkan kuda dan binatang.” (Riwayat Ahmad)

Bagaimanapun, menurut mazhab Hanafi, hukum memandulkan binatang kerana tujuan tertentu atau untuk menolak kemudaratan adalah harus.

Syeikh al-Sindi ketika menjelaskan hadis di atas berkata bahawa kemungkinan larangan untuk memandulkan binatang itu hanyalah ketika tidak ada keperluan.

Selain itu, Imam al-Qurtubi juga menjelaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Perbuatan memandulkan selain manusia seperti binatang adalah dilarang kecuali untuk kebaikan, seperti menyedapkan daging atau mencegah kemudaratan.”

Jika terdapat keperluan yang mendesak seperti mengelakkan kematian atau lainnya, maka harus untuk bertaqlid dengan mazhab Hanafi. Hal ini berdasarkan kaedah: “Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”

Pandangan ini selari dengan fatwa daripada Dar al-Ifta’ al-Urduniyyah: Maksudnya: “Jika memandulkan haiwan untuk mengelakkan kerosakan yang pasti atau kemudaratan yang jelas, maka hukumnya harus. Syariat Islam datang untuk mengangkat kepayahan dan menolak kemudaratan.”

Kesimpulannya, hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram.
Namun, jika ada keperluan seperti untuk menolak kemudaratan yang pasti, maka hukumnya adalah harus.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us