
Foto: Instagram
Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim akhirnya mengesahkan status perkahwinannya dengan berkongsi foto bersama suami baharunya di media sosial Instagram miliknya.
Berkongsi keberkatan di bulan Ramadan, Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita itu turut dilihat memuat naik gambar dirinya merangkul mesra suami di hadapan Kaabah ketika mengerjakan umrah.
Menerusi ruangan kapsyen, ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, kini berada di Kota Suci Makkah ini turut menitipkan doa buat dirinya, suami dan anak-anak.
Usahawan itu turut memohon keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT untuk dirinya dan keluarga serta memohon agar diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang lebih baik.
“Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang dan reda. Temukanlah kami dalam syurga yang abadi. Kami sayang anak-anak kami… berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan.
“Bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, kami datang kepada-Mu dgn hati yang penuh harapan & tangan yang menadah keampunan.

Foto: Instagram
“Kami hamba Mu yang lemah , penuh dosa & kekurangan, namun kasih sayang-Mu tak pernah bertepi. Ampunkanlah kami, Ya Allah, atas segala khilaf kami, yang sengaja mahupun tidak,” tulisnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.
Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca dilihat menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.
Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.