Masalah pembuangan sampah oleh individu tidak bertanggungjawab dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.
Malah, situasi itu semakin teruk sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada warga penduduk di perumahan berkenaan.
Memetik laporan Sinar Harian, mereka menyingkap keluhan dan luahan penduduk berhubung isu tersebut yang berlaku di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.
Seorang penduduk yang telah menetap di kawasan perumahan itu mengakui bahawa masalah sampah yang dibuang dari tingkat atas sering berlaku sehingga mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.
Tambahnya, pemandu separuh masa, Azlee Haris, 49, berkata, antara sampah yang dibuang dari atas adalah botol kaca, sofa, kayu, pasu bunga, bungkusan air dan batu bata.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.