Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sekumpulan remaja lelaki dan wanita menunjukkan perbualan berkaitan dadah.

Seorang lelaki dan wanita telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam rakaman video tular di media sosial tersebut.
Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, pihaknya memaklumkan kedua-dua mereka yang berusia 17 dan 18 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang di Batu Berendam serta sekitar Jasin, semalam.
Hasil soal siasat mendapati perbualan oleh individu terlibat adalah rentetan daripada sebuah filem ditonton yang memaparkan adegan berkaitan penyalahgunaan dadah.
“Semalam satu penafian penyalahgunaan dadah telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul oleh salah seorang individu terlibat dalam perbualan tular berkaitan dadah semasa siaran langsung TikTok.
“Polis Melaka turut menahan dua individu dan mereka mendakwa perbualan itu adalah rentetan sebuah filem ditonton serta sekadar gurauan bersama rakan-rakan sahaja,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.