Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Snek Yang Sihat Ketika Diet, Buatlah Breakfast Bar Sendiri!

Mudah je!
Editor
13 Aug 2020, 04:00 PM

Breakfast bar selalunya diperbuat daripada gabungan gandum gulung, madu dan buah kering. Breakfast bar adalah snek ketika diet sebagai penambah tenaga. Kalau nak beli banyak-banyak, mesti mahal. Jadi apa kata kita buat je sendiri Breakfast Bar. Kalau tak diet pun, apa salahnya! Boleh jadikan sarapan pagi yang sihat untuk anak-anak!

snek yang sihat ketika diet, buatlah breakfast bar sendiri!

Bahan-Bahan:

115g mentega tanpa garam

110g gula perang lembut

3 sudu besar mentega kacang rangup

1/4 cawan madu

Parutan kulit dari sebiji oren

2 1/2 cawan rolled oat

150g campuran buah-buahan kering (kismis, hirisan aprokot, prun)

150g campuran bijian (biji labu, biji bunga matahari, almond, walnut), mengikut pilihan anda

snek yang sihat ketika diet, buatlah breakfast bar sendiri!

Cara Penyediaan:

  1. Gris baking tray yang berukuran 20cm persegi dengan sedikit mentega.
  2. Di dalam periuk kecil, panaskan mentega tanpa garam, gula perang, mentega kacang, parutan kulit oren dan madu. Kacau di atas api perlahan sehingga sebati.
  3. Masukkan rolled oat, bahan buahan kering dan bijian kemudian kacau sebati.
  4. Tuang di atas baking tray dan tekan dengan sudu supaya mampat. Tabur sedikit lagi bijian dan madu di permukaan.
  5. Panaskan oven kepada suhu 160 darjah celcius. Apabila sudah sedia masukkan baking tray ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bertukar warna keemasan.
  6. Sejukkan dan potong.

snek yang sihat ketika diet, buatlah breakfast bar sendiri!

Tips:

  1. Angkat dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit sebelum dipotong.
  2. Jika anda menggunakan almond atau walnut, pastukan dibakar seketikan di dalam oven supaya masak dan rangup.

Sumber: Resepi Che Nom

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }