Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Buaya Jinak 'Butit' Tular Minta Makanan Daripada Nelayan di Samalaju

IDRUS, Husna Najwa
30 Jun 2025, 11:18 AM

buaya jinak 'butit' tular minta makanan daripada nelayan di samalaju

Foto: Facebook

Seekor buaya besar yang dikenali sebagai 'Butit' menarik perhatian ramai selepas kelibatnya kerap muncul di kawasan jeti nelayan di Samalaju, Bintulu.

Menurut penduduk tempatan, kehadiran buaya itu bukan sesuatu yang asing kerana ia sering timbul di sekitar kawasan tersebut. Sejak Sabtu lalu, satu rakaman berdurasi 10 saat tular di media sosial, memaparkan buaya itu muncul di tepi jeti dipercayai sedang menunggu makanan daripada nelayan.

Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang lelaki dipercayai nelayan seolah-olah berinteraksi dengan buaya berkenaan sambil merakam menggunakan telefon bimbit.

"Besar gelombang, sik ada ikan berik dengan kau Butit. Pandei-pandeilah kau beridup Tit."

("Ombak besar, tiada ikan untuk kamu. Pandai-pandailah kamu mencari makanan sendiri Butit.")

Buaya itu dilihat tenang dan tidak menunjukkan sebarang reaksi agresif sepanjang rakaman dibuat.

Fenomena buaya jinak yang dilihat ‘mesra’ dengan manusia bukanlah sesuatu yang baharu di Sarawak. Sebelum ini, kejadian serupa turut berlaku di Kampung Jaya Bakti, Matang, Kuching, melibatkan seekor buaya bernama ‘Bujang Cermin’. Namun, buaya tersebut telah dipindahkan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan sebarang insiden tidak diingini antara buaya dan manusia.

Hal ini kerana, walaupun kelihatan jinak, buaya tetap merupakan haiwan liar yang berpotensi membahayakan. Sabtu lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Jacob Tuan, 32, dilaporkan maut selepas disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berhampiran Jalan Matang, Kuching.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari keesokan harinya dengan kesan luka dipercayai akibat gigitan buaya.

Situasi ini membuktikan bahawa walaupun interaksi antara manusia dan buaya kadangkala kelihatan harmoni, langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan sebarang tragedi.

Sumber: Facebook

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us