Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Budak Lelaki 6 Tahun Pandu Kereta Bersama Adik Terbabas Kemalangan

Polis terima panggilan daripada orang awam
Aimi Amira Nordin
10 May 2023, 10:44 AM

budak lelaki 6 tahun pandu kereta bersama adik terbabas kemalangan

Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu sebuah kereta Toyota Vios sejauh 2.5 kilometer Bersama adiknya yang berusia tiga tahun sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis terima satu panggilan telefon daripada orang awam berlaku satu kemalangan jalan raya di kawasan tersebut pada jam 11.15 malam.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki tersebut mengalami kecederaan di dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.

"Siasatan juga mendapati ketika kejadian bapa sedang tidur, ibu ada dengan mereka dan kemudian ke bilik air. Selepas keluar bilik air mendapati kedua-dua mereka sudah tiada dalam rumah.

"Kes masih disiasat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tular video kemalangan kereta melibatkan pemandu kanak-kanak enam tahun tersebut di Langkawi.

Kenderaan tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Sumber : Awani & Sinar Harian

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us