Selalunya nampak belon udara panas ataupun hot-air balloon memang menarik, lagi-lagi hot-air balloon yang corak cantik!
Apa yang lagi menarik adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat telah menjadi orang termuda yang mengemudi hot-air balloon secara solo. JT Head belajar terbang hot-air balloon dari ayahnya, Tarp Head yang telah mengemudi belon selama empat abad.
“"Ayah saya memiliki syarikat belon udara panas, jadi saya sangat berminat dengan belon udara panas, jadi saya memutuskan bahawa saya ingin melakukan penerbangan solo suatu hari nanti," kata JT kepada stesen TV tempatan.
"Dia sudah melakukan banyak persiapan selama bertahun-tahun," kata Head, sambil menambahkan JT telah berlatih menerbangkan model alat kawalan jauh sebelum dia terbang secara solo.
Semasa penerbangan, JT melihat perkara yang biasa dilihat dengan cara baru.
“Saya melihat matahari terbenam. Saya melihat banyak lembu. Perkara kegemaran saya adalah melihat bahagian belakang Gunung Yonah,” katanya.
Setelah mendarat, JT membuat penggilan kepada Bobby Bradley yang memecahkan rekod di New Mexico ketika usia 9 tahun pada 2011.
“Ketika dia memecah rekod, saya berusia 4 tahun. Saya kata pada diri sendiri, saya akan mengalahkan rekodnya,” kata JT.
Sumber: New York Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.