Meremang bulu roma! Sekumpulan individu yang sedang bersantai di tepi jalan terkejut dan lari apabila mendengar suara seakan-akan mengilai di sekitar Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Menurut perkongsian video di laman X @ricxxxkiddo, mereka dilihat berhenti di bahu jalan untuk berehat meminum air.
Namun, situasi tersebut tegang apabila mereka mendengar bunyi seperti seorang wanita yang sedang ketawa.
Mereka tidak berfikir panjang dan terus berlari memasuki ke dalam kereta tersebut.
“Bad vibe, (suasana tak okay) jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, jom kita keluar dulu dari sini,” katanya.
Rakaman video berjaya dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut yang jelas memaparkan kawasan jalan raya di situ gelap dan tidak mempunyai sebarang orang atau kenderaan yang lalu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.