
Seekor burung Nuri yang bernama Mudalal ini bukan sahaja boleh bercakap, malah mahir membaca Al-Quran dengan baik. Burung ini mahir membaca tiga surah di dalam Al-Quran selepas tuannya melatih dia untuk membaca surah tersebut dan masa yang diambil oleh burung ini untuk mahir membaca adalah selama 6 tahun.
Tuannya yang bernama Hussein al Sawalmeh membela Mudalal dari usia enam bulan. Baginya membesarkan burung dan melatihnya untuk bercakap dengan jelas adalah suatu keajaiban.
Kini Mundalal menghabiskan masanya untuk mempelajari membaca ayat Al-Quran. Mudalal mendapat perhatian warga dunia kerana kebanyakan burung nuri hanya mampu bercakap sebanyak 2 hingga 3 patah perkataan tetapi Mudalal mampu menghafal ayat Al-Quran yang panjang. Jom lihat gelagat Mudalal dalam video di bawah ini.
Sumber dari Siakap Keli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.