Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Wah! Cuci Kat Rumah Je? Kereta Berkilat Macam Dicuci Di ‘Carwash’!

Dengan keadaan sekarang ni, lebih baik kita mencuci kereta di rumah saja.
Editor
18 Mar 2021, 03:22 PM

Haaa buat anda semua yang memiliki kereta, mesti akan pergi cuci kereta di car wash paling kurang seminggu sekali atau selang dua minggu. Betul tak? Lagi-lagi kalau kereta yang baru dibeli. Mestilah nak kereta kelihatan kilat selalu.

wah! cuci kat rumah je? kereta berkilat macam dicuci di ‘carwash’!

Bagi sesetengah individu, mencuci kereta boleh dijadikan satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Aktiviti ini juga boleh mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak mahupun adik-beradik.

Tapi tahukah anda cara atau langkah-langkah mencuci kereta supaya kereta kelihatan berkilat seperti dihantar ke car wash? Haaaaa ini nak kongsi tips!

Langkah pertama

wah! cuci kat rumah je? kereta berkilat macam dicuci di ‘carwash’!

Semestinya anda perlukan sabun atau bahan pencuci untuk mencuci kereta. Boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh kereta yang dijual di pasaran, yang penting bukan sabun pencuci pinggan mangkuk!

Sebabnya, sabun pencuci pinggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat. Jadi, ini boleh menyebabkan warna cat kereta cepat pudar. Siramkan kereta dengan air terlebih dahulu sebelum mulakan basuhan dengan sabun. Untuk memudahkan kerja anda, mula basuhkan kereta dari pane atas ke bawah.

Langkah kedua

Gunakan kain atau span mickrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara perlahan dan lembut menggunakan kain yang telah dicelup dengan sabun di seluruh bahagian kereta. Kenapa kain mikrofiber? Kain microfiber akan menghasilkan cas negative apabila digosok pada permukaan kereta, jadi kotoran degil akan lebih mudah ditanggalkan.

Langkah ketiga

Ketika mencuci kereta anda, lebih baik menggunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun dan satu lagi baldi mengandungi air yang boleh digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.

Langkah keempat

Sebelum anda nak mula bersih bahagian rim dan tayar kereta, bilas dahulu keseluruhan kereta. Air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.

Langkah kelima

wah! cuci kat rumah je? kereta berkilat macam dicuci di ‘carwash’!

Bersihkan rim dan tayar kereta menggunakan berus tayar. Kebiasaannya rim akan ada kesan hitam disebabkan disk brake, jadi gosokkan sekali pada bahagian dalam rim. Elak dari menggunakan bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.

Langkah keenam

Gunakan kaedah lap basah dan lap kering. Gunakan 2 kain mikrofiber yang baru, basahkan sedikit satu kain sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain lagi satu untuk keringkan bahagian yang hampir kering.

Langkah ketujuh

Jangan lupa untuk lap bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula, dinasihatkan untuk menggunakan kain baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

Langkah kelapan

wah! cuci kat rumah je? kereta berkilat macam dicuci di ‘carwash’!

Dah selesai membersihkan bahagian luar kereta, boleh mula berikan perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedut segala kotoran pada bahagian tempat duduk dan papan pemuka.

wah! cuci kat rumah je? kereta berkilat macam dicuci di ‘carwash’!

Mungkin proses ini akan makan masa yang panjang jika dilakukan seorang diri. Jadi ajaklah anak-anak atau adik-beradik bersihkan kereta sekali. Pasang lagu dan berborak sambil membersih kereta.

Sumber: MASKULIN

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }