Kalau berada dalam dapur, boleh buat banyak kerja sekaligus. Sambil masak sempat lagi nak basuh kain.
Tapi apalah malangnya bila terlupa makanan yang sedang masak di dapur sampai habis rentung berasap. Periuk habis hangus berkerak hitam, lagi-lagi kalau itu periuk kegemaran yang mahal. Ha menyesal sudah.
Tapi usah risau jika jadi perkara seperti ini, ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja!
Bahan-bahan:
- Baking powder atau soda bikarbonat
- Lemon atau cuka
Cara-caranya:
- Pertama sekali, panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
- Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
- Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja, ia akan berkilat semula.
Makan masa sikit lah tapi tak perlu nak beli periuk baru. Selamat mencuba ya gais!
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.