Hukum ganti puasa Ramadan
Hukum menggantikan puasa Ramadan adalah wajib. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Cara ganti puasa Ramadan
Cara ganti puasa Ramadan adalah sama dengan puasa Ramadan, kecuali pada lafaz niatnya.
Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut:
Bila boleh mula ganti puasa Ramadan?
Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan Ramadan sehingga ke bulan Ramadan yang berikutnya, kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimana nak gantikan puasa yang sudah tertinggal lama?
Kadangkala, terdapat kes di mana kita sudah lama meninggalkan puasa di zaman muda sehinggalah sekarang, barulah kita terdetik untuk menggantinya. Jadi, bagaimana?
Sekiranya kita tidak berkesempatan mengganti puasa sehingga datang Ramadan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti. Manakala, jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Tunaikan hutang terlebih dahulu
Puasa adalah suatu ibadah utama, iaitu termasuk dalam Rukun Islam ketiga.
Jadi, harus kita ingat bahawa mengganti puasa adalah sangat penting. Sehinggakan sesetengah ulama’ yang berpendapat ianya lebih utama berbanding puasa Sunat Syawal yang sering direbut ganjarannya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.