Apabila telah selesai mengundi, jari yang dicelup dalam dakwat kekal ketika proses mengundi akan menjadi semakin gelap.
Selesai sudah tanggungjawab sebagai pengundi pada 19 November lalu? Anda pasti perasan jari yang dicelup dalam dakwat kekal ketika proses mengundi akan menjadi semakin gelap.

Tahukah anda! Dakwat kekal itu akan menjadi lebih gelap dan jari mula akan sedikit mengecut jika semakin lama dibiarkan.
Ini dua cara hilangkan dakwat mengundi di jari anda dengan menggunakan barangan di rumah sahaja.
Ini caranya:
1. Cara hilangkan dakwat mengundi: Guna peluntur dan buah lemon

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Cecair peluntur
- Buah lemon
- Krim pelembap
- Air suam
Cara penyediaan:
- Campurkan cecair peluntur bersama air suam dalam bekas atau besen. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan jari telunjuk yang dicelup dakwat kekal ke dalam larutan tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya 30 saat.
- Setelah itu, keluarkan jari dan gosok potongan buah lemon pada jari anda.
- Anda boleh menggosok potongan lemon ini sambil membilasnya.
- Buat berkali-kali sehinggalah warna dakwat mulai pudar.
- Setelah itu, sapukan krim pelembap pada jari anda kerana asid daripada cecair peluntur dan buah lemon membuatkan kulit menjadi kering.
2. Cara hilangkan dakwat mengundi: Guna peluntur dan losyen
Manakala, anda juga boleh mencuba kaedah kedua ini untuk menghilangkan dakwat kekal di jari anda.

Apa yang anda perlukan adalah seperti berikut:
- Satu penutup cecair peluntur
- Losyen badan
- Kain atau tisu basah
- Mangkuk kecil
Cara penyediaan:
- Tuangkan peluntur dalam mangkuk dan rendamkan jari yang dicelup dakwat kekal ke dalam mangkuk tersebut.
- Rendam selama 30 saat dan cuba gosok sedikit dengan menggunakan kain atau tisu basah.
- Setelah itu, bilas dengan air paip dan sapukan losyen pelembap bagi mengelakkan kulit kering.
Senang bukan? Mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan kulit seperti kulit sensitif digalakkan untuk mencuba cara ini untuk menghilangkan dakwat kekal pada jari.
Sumber: Helo Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.