Besar kemungkinan, sayur-sayuran atau buah-buahan yang kita beli di pasar-pasar, telah disembur dengan racun perosak, bagi mengekalkan kesegaran sayur dan menghalanga daripada dimakan haiwan-haiwan perosak. Sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin akan termakan saki baki racun tersebut yang seterusnya memudaratkan diri sendiri.

Berikut adalah antara cara yang anda boleh gunakan bagi membasuh sayu atau buah anda dengan betul.
- BILASAN
- Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
- Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
- Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
- Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
- Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
- RENDAMAN
- Penuhkan besen, sinki atau mangkuk besar dengan air
- Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan berpusar untuk membilah nya
- Sendamkan selama 2-3 minit
- Sesuai untuk: sawi, kangkung, anggur, oren, dan sebagainya
- RENDAMAN DALAM LARUTAN GARAM
- Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
- Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
- Bilas dan jsayur dan buah tersebut boleh terus digunakan atau disimpan
- Sesuai untuk: brokoli, bunga kobis, anggur, oren, dan sebagainya.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.