Siapa dekat sini penggemar bendi? Alangkah sedapnya kalau kita hiris kacang bendi ini tebal-tebal dan goreng bersama lada padi dan pecahkan sebiji telur. Wow! Sungguh nikmat.
Antara petua orang tua-tua, apabila kita mahu beli bendi, kita perlu patahkan hujungnya untuk cari bendi yang muda dan segar. Akaun Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, telah berkongsi sedikit tips macam mana nak pilih bendi yang segar tanpa perlu merosakkannya. Kesian dekat penjual bendi nanti. Habis semua dipatahkan kita.
Menurut posting tersebut, bendi yang muda mempunyai hujung tangkai yang tidak berlubang manakala yang tua pula berlubang. Haa, sekarang tak payahlah kita nak patah-patahkan bendi lagi (tapi sebenarnya, best jugak patah-patahkan bendi sebenarnya).

Tahukah anda sayur, yang secara teknikalnya diklasifikasikan sebagai buah ini, mempunyai banyak khasiat. Antaranya adalah:
- Tinggi dengan nutrien. Terutamanya vitamin C dan K. Ia juga membekalkan protein yang jarang ditemui dalam sayur-sayuran yang lain.
- Ia mempunyai kandungan antioksida yang tinggi di mana ia dapat membantu mengurangkan risiko menghadapi penyakit kronik, termasuk penyakit berkaitan jangtunfg dan otak.
- Mengurangkan risiko sakit jantung. Kajian menunjukkan bendi dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan yang mungkin boleh mengakibatkan serangan jantung.
- Mungkin dapat membantu memerangi kanser. Kajian masih berada pada tahap percubaan.
- Dapat mengurangkan tahap gula dalam badan
- Bagus untuk ibu yang mengandung.
Rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan hidangan-hidangan yang menggunakan kacang bendi ini. Tiada sangkal lagi tentang keberkhasiatan kacang bendi ini kepada badan manusia.
Sumber: Healthline, KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.