
Kehadiran lalat pasti merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat mengganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
- Ambil dua batang lilin dna nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
- Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dalam mangkik atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
- Letakkan secekak daun dari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
- Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
- Kibaskan dau belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
- Bagi Mengurangkan lalat hinggap pada makannan, sediakna satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawing dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-pwtua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kerbersihkan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda.
Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar tidak ditimpa penyakit kemudian hari.
Sumber : P.Ibu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.