Mesin pengisar adalah salah satu barang elektronik yang paling kerap digunakan dalam dapur memandangkan ia memudahkan kerja-kerja mengisar bahan-bahan tumis.
Namun, ada yang kata mencuci mesin pengisar bukanlah kerja yang mudah kerana bekas pengisar mempunyai banyak sudut yang tersembunyi yang susah nak bersih.
Tak perlu nak bersusah payah dah lepas ni, dengan menggunakan air panas dan sabun pencuci mampu memudahkan kerja pembersihan, ambil masa 30 saat sahaja!
Cara-caranya:
1. Tuang air panas ke dalam bekas pengisar.
2. Tambahkan sabun pencuci pinggan untuk membantu proses pembersihan. Tapi jangan tuang terlalu banyak.
3. Pasangkan mesin pengisar dan putarkan kira-kira 10 ke 30 saat bergantung kepada kotorannya.
4. Bilas dengan air panas sebelum dibilas sekali lagi menggunakan air sejuk.
Habis tu kalau ada kotoran degil yang melekat pada mesin pengisar. Mudah sahaja! Tambah sedikit baking soda dan hidupkan semula mesin pengisar seperti biasa.
Kalau nak dapat hasil yang paling berkesan, isi bekas pengisar dengan air dan baking soda terlebih dahulu, biarkan seketika dan kisarkan dua bahan ini selama 10 ke 15 saat dan buang larutannya.
Kemudian tambah air panas dan sabun pencuci dan hidupkan pengisar selama 30 saat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.