
Sumber dari Resepi Sedap
Tak tahu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resepi mudah untuk sotong kukus limau. Ini antara resepi yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook di Resepi Sedap:
Bahan-bahan:
sotong
cabai melaka merah, hijau
sos ikan
limau nipis
daun ketumbar (akar sekali)
gula
bawang putih
daun pudina
lengkuas, serai
Cara-caranya:
Cuci sotong bersih2...
Potong sotong mcm dlm gambar tapi jangan sampai putus...
Susun sotong dlm bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong)... Akar ketumbar Sedikit bawang putih.. Letak atas sotong...
Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong...
Sos...
Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong... kacau hingga hancur...
Sos dah siap tuang atas sotong yg kita kukus tadi, agkt tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas...
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.