Rambut bagaikan mahkota pada setiap orang, oleh itu haruslah kita menjaganya agar selalu kelihatan kemas dan rapi. Bila dah kemas mestilah keyakinan diri meningkat.
Berikut adalah cara mengatasi rambut kusut dengan mudah dan boleh dilakukan di rumah.

Hujung rambut yang bercabang boleh membuatkan rambut anda kusut. Untuk mengelak daripada benda ni terjadi, potong la sedikit hujung rambut anda.

Sikat yang bergigi jarang dapat meleraikan kekusutan rambut.

Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut anda bagi mengelakkan rambut kusut dan masalah kulit kepala.

Setiap kali anda membasuh rambut, pastikan anda menggunakan conditioner bagi melembutkan lagi rambut anda. Ini amat membantu bagi mengelak rambut anda kusut.

Waktu tidur pastikan anda leraikan rambut anda dari ikatan, selain mengelak daripada rambut kusut ia juga membuat tidur ada lebih selesa.
Sumber : Beauty
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.