Oven digunakan untuk masak pelbagai jenis makanan, kek, ayam panggang, biskut, bahkan siapa yang diet akan masak menggunakan oven kerana ia dikatakan lebih sihat. Jadi, sudah pasti oven akan kotor dan memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu.
Jangan risau, ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga! Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja, cara ini paling mudah dan yang pastinya, ia akan kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Bahan-bahan:
- 2 cawan air – nak lebih pun boleh
- 2 cawan cuka
- 1 cawan baking soda atau soda bikarbonat
- Kain buruk
- Botol spray
- Mangkuk
- Berus dawai periuk kasar
Cara-caranya:
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven anda
2. Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran itu kepada cecair atau pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor. (masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih)
3. Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam oven. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.
5. Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada oven.
6. Lap permukaan oven hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
7. Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, oven anda akan pasti berkilat!
Cara cuci permukaan kaca (pintu) oven
1. Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
2. Sapu pes pada kaca oven dan biar selama 30 minit.
3. Guna kain buruk untuk lap dan bilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
Peringatan!
- Jangan switch on oven jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
- Pastikan bahagian dalam oven juga betul-betul kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan oven berasap dan jika nasib tidak baik, cermin pintu oven boleh pecah.
- Jangan simbah air pada kipad ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.
Sumber: Rasa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.