Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ada Kucing Peliharaan Antara Salah Satu Cara Nak Halau Cicak Dari Rumah!

Kucing mempunyai naluri memburu dan ini boleh mengurangkan populasi cicak di rumah.
Editor
25 Nov 2020, 02:56 PM

Sama seperti lipas, ramai orang juga tidak suka dengan kehadiran cicak di rumah. Mesti akan rasa geli kalau nampak cicak kat dinding, ada kejadian pula cicak tiba-tiba jatuh atas kepala. Lagi lah rasa geli-geleman, boleh naik segala bulu roma!

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Walaupun saiznya kecil, kehadiran cicak sangat tidak disenangi kerana najisnya bersepah dan sukar dicuci apabila sudah kering. Namun jangan bimbang, kerana kami ada petua berkesan untuk halau cicak dari rumah buat selama-selamanya.

1. Pastikan tiada makanan yang terdedah

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Nampak mudah kan, tapi perkara ini sering dipandang ringan. Makanan yang terdedah sangat disukai cicak dan akan menyebabkan lebih banyak cicak yang membiak di kawasan rumah. Pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dan bersihkan dapur selepas memasak.

2. Tutup sebarang rekahan pada pintu, tingkap atau dinding

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Cicak biasanya akan muncul dari sebarang rekahan atau celahan pada tingkap, pintu dan dinding rumah. Mungkin, rekahan kecil ini tidak menjadi masalah yang besar kepada anda, tetpi rekahan ini boleh jadi ‘pintu masuk’ yang mudah bagi cicak untuk masuk ke kawasan rumah anda.

Lebih baik tutup sebarang rekahan atay selahan yang ada menggunakan silicon atau Urethane. Di samping itu, anda juga boleh letakkan jaring di bahagian-bahagian rumah seperti laluan keluar masuk udara. Anda bukan sahaja telah berjaya menutup ruang masuk yang berpotensi bagi cicak, ruang rumah anda juga akan kelihatan lebih kemas dan lebih kukuh.

3. Ada kucing peliharaan di rumah

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Ada haiwan peliharaan di rumah bukan sahaja memberi ketenangan pada, tapi kucing mempunyai naluri memburu dan kerana ini, ia boleh mengurangkan populasi cicak di rumah anda.

Namun begitu, anda harus ingat bahawa cicak mempunyai parasit yang merbahaya terhadap kucing kesayangan anda. Parasit ini dikenali sebagai Liver Flutes. Apabila parasit ini menyerang hempedu si comel, ia akan menyebabkan keradangan hati yang boleh membawa maut.

4. Cuka, lemon dan serbuk cili

Cicak tidak menggemari bau cuka dan lemon, manakala serbuk cili boleh mendatangkan iritasi kepada kulit, mata dan hidung cicak. Ini akan membuatkan cicak akan menjauhi kawasan semburan secara semulajadi.

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Ini cara-caranya :

  • Campurkan serbuk lada hitam dan serbuk cili.
  • Kemudian, larutkan dengan cuka dan air.
  • Masukkan di dalam botol spray dan gocangkan sehingga campuran tersebut sebati.
  • Semburkan di kawasan yang selalu ada cicak.

7. Gunakan semburan serai wangi

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan tetapi mempunyai bau yang lebih kuat tetapi tidak boleh dimakan. Bau serai wangi yang kuat ini berkesan bagi menghalau binatang perosak termasuklah cicak di kawasan rumah anda.

8. Semburan penghalau cicak

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Semburan penghalau cicak atau lizard repellent boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Semburan ini perlu dilakukan di ruang yang berpotensi untuk dimasuki cicak dan kerana ini akan menyebabkan cicak menjauhi kawasan tersebut. Selain jenis semburan, penghalau cicak juga terdapat dalam jenis elektronik.

9. Gam tikus

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Caranya cukup mudah, gunakan kertas keras atau kotak dan sapukan gam di atas kertas itu. Letakkan kertas yang sudah disapu dengan gam tersebut pada kawasan yang kerap menjadi laluan cicak. Cicak akan melekat pada gam ini dan tidak boleh melepaskan diri.

10. Ubat gegat (Naphtalene)

ada kucing peliharaan antara salah satu cara nak halau cicak dari rumah!

Letakkan ubat gegat pada almari atau kabinet di rumah anda. Bau yang dihasilkan oleh ubat gegat ini tidak disukai oleh cicak dan akan menghindarkan mereka dari kawasan tersebut. Ubat gegat kebiasaannya dalam bentuk bebola yang berwarna-warni jadi anda perlu berhati-hati supaya meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak kerana dikhuatiri disangkakan gula-gula oleh kanak-kanak.

Sumber: iProperty.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us