Menjelang hari lebaran, mesti ramai dah mula masuk dapur nak buat kuih raya. Tapi kadang-kadang kuih tak sempat pun nak berhari raya dah habis ataupun kuih dah buat banyak sekaligus tapi tak sampai sebulan dah lemau dan tak ranggup.
Mesti frust kan. Kalau buang rasa rugi pula. Jangan risau, ni nak kongsi sikit petua atau tips macam mana nak simpan kuih raya supaya tak lemau dan kekal sedap.
#1 Simpan dalam bekas kedap udara
Pastikan bekas tersebut kecap udara dan ditutup dengan betul dan rapat. Kalau bekas tidak kedap udara, memang kuih akan lemau dengan sangat cepat.
#2 Pastikan balang anda betul-betul kering terlebih dahulu
Sebelum nak simpan biskut atau kuih, pastikan balang atau bekas anda betul-betul kering. Biskut akan cepat rosak jika ada kelembapan dalam balang.
#3 Jangan campur aduk biskut raya
Setiap biskut ada bahan yang berbeza, jadi kalau campur aduk, memang akan cepat rosak. Lebih baik beli balang plastik yang murah tu dan simpan biskut berasingan.
Itu cara nak simpan bagi tahan lama. Apa jadi kalau kuih atau biskut raya sudahpun lemau? Ada ke cara nak selamatkan? Jangan risau ada.
Bakar semula biskut atau kuih raya selama lima minit dalam oven dengan suhu 180C. Biskut anda akan kembali rangup dan sedap!
Sumber: My Resipi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.