Bagaimanakah cara anda menerangkan perlakuan memotong kuku anda? ‘Ketip’ atau ‘sepit’ kuku. Mana-manapun perkataan yang digunakan, ini adalah kebiasaan yang kita semua buat sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi kuku tangan dan mungkin lebih lama sedikit untuk kuku kaki.soalannya disini ialah adakah cara anda memotong kuku itu betul?
Berikut adalah tip memotong kuku dengan betul daripada pakar dermatologi menurut Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (American Academy of Dermatology, AAD):
- Lembutkan kuku – masa yang terbaik untuk memotong kuku adalah ketika selepas mandi. Pada masa ini kuku anda berada pada keadaan yang lembut, memudahkan aktiviti meotong untuk berlaku. Pilihan lain adalah untuk merendam kuku anda di dalam air suam untuk beberapa minit sebelum memotongmya.
- Sediakan senjata yang betul – pastikan anda menggunakan alatan yang betul. Pemotong kuku yang bersesuaian saiznya, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Pakar menyarankan supaya membersihkan alatan memotong kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan menggunakan cecair nyah-kuman.
- Potong secara lurus atau menegak – cara pemotongan kuku yang betul adalah secara menegak. Elakkan pemotongan secara melengkung dan terlalu dalam ke tepi. Kurangkan ketajaman tepi kuku menggunakan pengasah kuku.
- Jangan potong ‘cuticles’ – cuticles adalah bahagia kulit yang bersentuhan dengan kuku. Ia bertindak sebagai pelindung kepada kuku terutamanya bahagian yang baru tumbuh daripada kuman dan bakteria.
- ‘Moisturize’ kuku anda - selapas potong, terutamanya jika anda rasa kuku anda kering, lembabkan bahagian kuku tangan atau kaki anda dengan menggunakan krim atau losyen pelembab yang sesuai.
Kuku adalah antara penunjuk kesihatan kita. Kuku yang tidak sihat mungkin menjadi penunjuk aras kesihatan diri yang kurang elok atau bermasalah. Teliti segala perubahan dari segi warna, tekstur, atau bentuk kulit anda. Sila rujuk ke pakar dermatologi sekiranya anda was-was dengan kesihatan kuku anda.
Sumber: American Academy of Dermatology, WikiHow
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.