Ada orang suka beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi sedihnya lepas seminggu udang jadi lembik dan hitam.
Ini antara salah satu masalah bila nak simpan stok makanan laut terutamanya udang.
Tapi ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya masih pejal dan bau seperti baru dibeli.
Tip nak simpan udang supaya kekal segar, caranya adalah tabur gula!
Ada pelbagai petua untuk simpan stok makanan laut antaranya adalah rendam dalam air dan bekukan.
Satu lagi cara mudah yang boleh anda lakukan adalah mentaburkan gula!
Udang adalah makanan laut yang paling cepat jadi hitam dan lembik selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku.
Untuk elakkannya, masukkan udang dalam bekas, taburkan gula di atasnya dan barulah simpan dalam freezer (ruang sejuk beku).
Udang yang disimpan tidak perlu dicuci dahulu untuk kekalkan kesegarannya. Cara ini boleh digunakan untuk ikan, sotong dan ketam supaya kekalkan kesegarannya dan boleh simpan dengan lebih lama.
Selepas 2 minggu, tekstur udang masih sama dan kelihatan segar sama macam baru dibeli.
Bagi ketam dan sotong, boleh guna kaedah yang sama tapi pastikan bila nak simpan dalam bekas, ia tidak bertindih.
Harap bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.