Menjelang hari menanti saat bergelar seorang bapa, pelbagai jenis perasaan yang akan dirasai. Satu lagi tanggungjawab yang berat bakal dipikul apabila seorang suami sudah bergelar seorang ayah.
Dalam sebuah hantaran di Facebook baru-baru ini, Ustaz Don Daniyal mengajar kita semua tentang cara tahnik bayi yang baru lahir dengan betul.
Tapi apa itu tahnik? Untuk pengetahuan anda semua, tahnik ini adalah mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi. Hukum mentahnik bayi baru lahir ini merupakan satu sunnah.
Langkah 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam
Langkah 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapa), dan nanti nak doa, mudah Allah kabul)
Langkah 3
Mula dengan Al-Fatihah
Langkah 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau boleh terus baca saja)
Langkah 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah
Langkah 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas
Langkah 7
Ambil kurma. Kunyah sampai lebik. Ambil dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecil sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut bayi. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak. Kena ada skill.
Langkah 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
Langkah 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari arwah TG Dato Haron Din. Doa ada dalam video.
Langkah 10
Baca Doa. Boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang bapa mendoakan anaknya. Doalah dengan penuh
- ikhlas
- tawadhuq
- berharap Allah dengaq n perkenankan
- sungguh-sungguh
Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.