
Ini adalah kisah yang dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan yang berkongsikan satu kejadian di mana seorang suami menyatakan niatnya yang ingin menceraikan isterinya jika ada petugas lelaki di hospital tersebut yang menguruskan kelahiran anaknya. Dia hanya mahu petugas wanita sahaja yang menguruskan kelahiran anaknya itu.
Seluruh kakitangan di hospital tersebut terkejut dengan kenyataan suaminya itu. Ikuti perkongsian dari saudara Ayie Mahadi ini dan semoga kita mendapat iktibar dari pengajian ini.
[ CERAI TAKLIK TAK BERTEMPAT ]
Seorang isteri tengah sarat mengandung menahan kesakitan nak bersalin dibawa si suami ke hospital. Tibanya di PAC (patient assessment centre) terus si suami memberi amaran pada staf2 perubatan, " Saya nak doktor perempuan sahaja ya sambut dan uruskan dia, if tak , jatuh talak satu saya pada dia "
😱😱
Terkejut kami mendengar apa yg suami tuh sebut. Abam perhati je dari atas bawah suami tuh, langsung takde perwatakan seorang ustaz yg mungkin boleh dikatakan sesetengahnya akan betul2 jumud dalam menjaga aurat para isteri.
Ya memang mustahil sekali ! Sebab mana mungkin seorang ustaz yg berilmu sanggup melafazkan cerai taklik dihadapan isteri sendiri dan orang ramai. Lagi2 cerai taklik yg tak masuk akal.
Dalam hati abam , "lagi ramai suami camnih , lagi mudah keje abam" ..Makan gaji free je nanti. 😅
Disebabkan lafaz tersebut, kami staf KKM yg baik hati nih cuba sedaya upaya menyantuni apa yg dipinta. Akhirnya bayi pasangan tersebut berjaya disambut oleh HO (house officer) perempuan walaupun pada awalnya memang sukar bagi kami untuk ikut permintaan si suami tersebut. Itu pun rezeki mereka sbb waktu tuh mmg ada beberapa staf wanita yg bertugas.
Tapiiiiii...semasa pesakit di hantar ke wad, akan ada satu prosedur yg memerlukan MO (medical officer) buat pemeriksaan di bawah bagi memastikan tiada jahitan terbuka, bengkak, dan sebagainya. Nak jadikan cerita, tiada MO wanita bertugas dalam wad tuh semasa round pagi.
😱😱😱
Zupppppp.. si isteri tuh lantas diperiksa oleh MO lelaki (non muslim) yang memang langsung tak tahu menahu isu taklik tersebut. Beliau hanya menjalankan tugas yg diamanahkan KKM sebagai seorang doktor MO.
Si isteri hanya berdiam diri sahaja walaupun mengerti apa yg sedang berlaku dan mengizinkan MO tersebut untuk melakukan pemeriksaan.
See?? Agak2 jatuh ke tidak TALAK si suami pada isteri tersebut?
Entahlahh abam pun tak pasti. Mungkin jatuh, mungkin tidak. Harap2 tak jatuh lah. Apa2 pun nasihat abam pada para suami di luar sana, beringatlah.. Sayang isteri sangat2 tak salah, nak menjaga maruah isteri sangat2 pun tak salah.
Tapi, biarlah bertempat! Sebagai pengajaran untuk kita semua ya
Sumber dari facebook Ayie Mahadi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.