Sepasang cermin mata kepunyaan tokoh terkenal India, Mahatma Gandhi akan dilelong tidak lama lagi.
Cermin mata itu dikatakan telah diletakkan dalam sampul surat sebelum ditinggalkan di pejabat seorang individu bernama Andy Stowe di Bristol pada hari Jumaat.
“Ada seseorang meninggalkan ia dalam peti surat pejabat kami pada hari Jumaat sebelum ditemui pada Isnin.
“Salah seorang kakitangan serahkan pada saya, ada nota mengatakan ia milik Gandhi,” ujarnya.
Apabila dia mengetahui tentang hal ini, reaksinya amatlah terkejut bahkan hampir terjatuh dari kerusi dan menyifatkan item tersebut amatlah berharga.
Item tersebut juga menyifatkan sebagai salah satu item yang paling penting yang pernah berada dalam pegangan syarikatnya.
Cermin mata itu akan dijangka lelong dengan harga bermula dengan AS$19,000 (RM79,000) di Britaun. Mahatma Gandhi yang dilahirkan pada tahun 1879 memainkan peranan besar dalam perjuangan kemerdekaan India. Dan mati dibunuh pada 30 Januari 1948.
Sumber: India Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.