
Siapa kat sini penggemar coklat? Peminat coklat mungkin tidak dapat menikmati lagi manisan ini kerana ianya mungkin akan pupus kesan dari pemanasan global.
Dari laporan para saintis, suhu yang terlalu panas serta cuaca kering yang boleh memusnahkan tanaman kakao, iaitu sejenis tumbuhan yang boleh menghasilkan coklat. Tumbuhan ini hanya boleh hidup di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah utara dan selatan khatulistiwa dengan suhu, hujan serta kelembapan tetap.
Separuh daripada bekalan coklat di dunia ini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat iaitu C’te D’Ivoire dan Ghana.
Peningkatan suhu menejalang 2050 nanti menjadikan kawasan tersebut tidak sesuai untuk penanaman kakao. Tetapi, penyelidik dari University Of California kini bekerjasama dengan pengeluar coklat Mars untuk menyelamatkan tanaman kakao.
Mereka kini mengubahsuai DNA kakao supaya ianya lebih tahan lama walaupun dalam iklim yang berbeza dan berharap dapat meghasilkan kakao yang berkualiti tinggi dan tidak rosak pada suhu yang tinggi.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.