Kesan kotoran degil pada belakang kuali sangat membebankan dan menyusahkan terutamanya buat suri rumah yang perlu menyental kuali tersebut.
Antara cara yang paling biasa kita dengar untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada belakang kuali tersebut adalah cuka, baking soda, garam dan sebagainya.
Tapi petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Tiara Cip ini sangat menarik perhatian kami kerana ianya menggunakan sos tomato untuk membersihkan dan menghilangkan kotoran degil pada belakang kuali tersebut.
Selamat pagi admin dan member semua..hari ni saya nak kongsikan first experiment saya bersihkan bagian bawah kuali yang sangat sangat super degil tu use tomato sauce..
First apply tomato sauce kat bagian bawah kuali..(kuali must be kering condition)..then kasi dianya rest (saya biarkan satu malam)...Esok paginya saya gosok ngan sponge (saya pakai bagian hijau tu)..jangan add air dulu masa kita gosok2 ,,,gosok sampai smua bersih barulah wipe ngan tisu or kain...then cuci as normal ....maaf bila bahasa saya susah dipahami ...terimakasih all

Sumber dari Tiara Clp
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.