Bagi kaum lelaki, kerja mencuci pinggan merupakan pekerjaan yang asing kerana kebiasaannya hanya kaum hawa sahaja yang gemar melakukan pekerjaan ini. Tapi tahukah anda mencuci pinggan sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan kita? Selain boleh membuatkan pinggan menjadi bersih, ianya juga boleh mengatasi masalah stress.
Dari sebuah kajian yang dilakukan oleh Florida State University di Amerika Syarikat, mencuci pinggan adalah satu terapi terbaik untuk mengurangkan masalah stress. Salah seorang professor, Dr. Adam Hanley, menjelaskan bahawa mencuci pinggan boleh mengurangkan kadar stres sehingga 27% jika dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketilitian.
Gerakan tangan, aroma sabun, air yang dingin mengalir ketika mencuci pinggan dipercayai boleh mengurangkan beban fikiran.
Sumber dari wowmenariknya.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.