Artikel ini ditaja oleh CUCKOO
Kredit: CUCKOO; Edit: SINAR
Anda pengguna CUCKOO? Tidak kiralah apa jua produk CUCKOO pilihan daripada penapis air kepada penapis udara, periuk serbaguna bertekanan tinggi, tilam, penyaman udara mahupun kerusi urut, anda telah membuat pilihan yang bijak memilih CUCKOO.
Sama seperti anda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun memilih CUCKOO untuk kediaman yang lebih sihat! Kenapa nak tolak kalau kita ada pilihan yang lebih sihat untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Ye tak?
Dan sepanjang 10 tahun ni, CUCKOO dah berinovasi dalam memberikan solusi holistik untuk mencipta kediaman yang lebih baik dan lebih sihat serta menjadi antara jenama pencipta kediaman sihat terunggul Malaysia!
Disebabkan kepercayaan anda, CUCKOO berjaya merangkul 2 anugerah perak di Putra Brand Awards 2023 untuk kategori ‘Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar’ (Personal, Household & Outdoor Appliances) dan ‘Produk & Kedai Pembaikan Rumah’ (Home Improvement Products & Stores).
Apa tu Putra Brand Awards?
Putra Brand Awards, anugerah jenama tahunan yang disahkan MATRADE dan mula diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa pilihan rakyat Malaysia.
Jenama dipercayai rakyat Malaysia
Bukan mudah tau nak dapat pengiktirafan berprestij Putra Brand Awards atau turut dikenali sebagai People’s Choice Award ni. Pemenang anugerah ini telah diundi oleh lebih 11,000 pengguna Malaysia sepanjang 8 minggu survey yang melibatkan 24 produk dan perkhidmatan berbeza. Kiranya, jenama yang dapat undian tertinggi yang jadi pilihan rakyat Malaysia je boleh gondol anugerah ini. Cayalah!
Kredit: CUCKOO
Dan kalau anda nak tahu, kemenangan tahun ni merupakan kemenangan tahun kedua berturut-turut untuk CUCKOO! Tahun lepas CUCKOO dah menang anugerah gangsa dan tahun ini melakar kenangan yang lebih manis apabila CUCKOO berjaya merangkul anugerah perak pertama di Putra Brand Awards setelah 9 tahun berada di pasaran Malaysia!
Sudah tentulah pengiktirafan ini menandakan produk CUCKOO semakin diterima dan pada masa sama menyuntik semangat untuk CUCKOO berusaha lebih dalam mencipta kediaman yang lebih sihat dengan solusi yang baharu dan meneruskan usaha untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.
Kredit: CUCKOO
Tahniah CUCKOO!
Terima kasih juga untuk anda yang telah mengundi dan menyokong CUCKOO selama hampir 10 tahun ni!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.