Artikel ini ditaja oleh CUCKOO
Kredit: lookstudio/freepik & CUCKOO, Edit: SINAR
Anda pengguna CUCKOO? CUCKOO ni bukan je berikan yang terbaik dalam membentuk kediaman selesa dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk #SAMASAMA miliki kehidupan yang lebih sihat dan bahagia, tetapi terbaik dalam menghargai para pelanggan.
Kredit: CUCKOO
Buktinya, setiap tahun bila tiba je ulang tahun CUCKOO, mesti ada macam-macam hadiah menarik yang CUCKOO nak kongsi sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka.
Tahun lepas sempena ulang tahun ke-8 ada Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th yang membariskan selebriti terkemuka termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Lee Min-ho, dihadiri 9,000 peminat!
Tahun ni, CUCKOO nak bagi hadiah yang lebih best, terbesar dalam sejarahnya!
Bukan satu tetapi DUA unit kondominium kepada dua pemenang, menjadikan CUCKOO sebagai salah satu jenama yang menawarkan kondo kepada pemenang hadiah utama di pasaran!
Kredit: CUCKOO
Bukan satu hadiah je tau, tapi beberapa hadiah dengan nilai keseluruhan RM2juta! WOW!
Apa hadiah yang ditawarkan Peraduan Beli CUCKOO Menang Kondo?
Ada banyak hadiah yang ditawarkan CUCKOO, termasuklah dua unit kondomium EXSIM D’Terra yang terletak di Petaling Jaya dan 12 yang lain pula akan membawa pulang 12 unit kereta Proton Saga. Bukan tu je, 100 pelanggan sedia ada CUCKOO juga berpeluang menang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang. Kesemua hadiah ini berjumlah RM2juta!
Lebih menarik, lebih banyak produk CUCKOO anda beli atau sewa, peluang untuk menang lebih tinggi! Ini bermakna setiap pelanggan berpeluang menang lebih daripada 1 hadiah! 😍
Macam mana nak menang?
Senang je! Hanya beli atau sewa mana-mana produk CUCKOO dan pastikan proses pemasangan dilakukan sebelum 30 September 2023. Kemudian anda akan sertai secara automatik.
Untuk menang, peserta-peserta akan disenarai pendek secara rawak menggunakan sistem pemilihan berkomputer automatik setiap dua minggu dan pengumuman akan dibuat secara langsung pada tarikh dan masa yang ditetapkan di Facebook dan Instagram CUCKOO.
Dan kalau anda adalah pengguna sedia ada CUCKOO, anda akan dapat 1 peluang ekstra menang kondo dan kereta berserta peluang memenangi wang tunai.
Bila senarai pemenang akan diumumkan?
Tak lama pun! Kempen ini berlangsung mulai sekarang hingga 30 September 2023. Cabutan bertuah pula akan dilakukan setiap 2 minggu. Nanti-nantikan pengumuman pemenang di media sosial CUCKOO ya!
Manalah tau anda adalah pemenang yang dicari!
Sertai sekarang!
Kredit: CUCKOO
Jom #SAMASAMA raikan ulang tahun CUCKOO dan menang hadiah-hadiah menarik.
Layari laman web CUCKOO untuk info lanjut.
#CUCKOO9thAnniversary
#BeliCUCKOOMenangKondo