Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Cucu ‘Nenek Baca Yasin di Luar Dewan’ Dapat 9A SPM 2024

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Apr 2025, 04:24 PM

cucu ‘nenek baca yasin di luar dewan’ dapat 10a spm 2024Foto: Tangkapan skrin layar TikTok

Masih ingat kisah tular seorang nenek yang setia menunggu cucunya di luar dewan peperiksaan sambil membaca Yasin dan berzikir? Hari ini, kisah itu kembali menjadi perhatian selepas cucunya tersebut diumumkan berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 10A dalam SPM 2024.

Video asal yang menyentuh hati ramai netizen memaparkan wanita warga emas tersebut duduk di luar dewan MRSM Lenggong, Perak, ketika cucunya sedang menduduki SPM.

Berbekalkan buku Yasin, beliau duduk tenang di bawah redup sambil mengalunkan fadhilat ayat suci sementara cucunya sedang menjawab soalan peperiksaan di dalam dewan.

Hari ini, usaha dan doa itu akhirnya dibalas dengan berita gembira – cucu tersebut diumumkan memperoleh keputusan 10A dalam SPM 2024, satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kisah mereka sejak tahun lalu.

Netizen membanjiri ruangan komen TikTok dengan ucapan tahniah dan sebak, ramai menyatakan bahawa kejayaan ini adalah bukti kekuatan doa seorang nenek.

“Ini bukan sekadar 10A, ini 10A hasil air mata, zikir dan kasih seorang nenek,” tulis seorang pengguna.

“Inilah makna sebenar restu dan doa orang tua. Menangis tengok video dulu, harini menangis lagi sebab bangga,” ujar seorang lagi.

Kisah ini memberi inspirasi kepada ramai  bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada usaha semata-mata, tetapi juga restu dan doa insan yang menyayangi kita sepenuh hati.

Dan kadang-kadang, doa yang dibisik perlahan di luar dewan peperiksaan, jauh lebih kuat daripada laungan semangat di dalam.

Sumber: TikTok @crmuhamadnazri

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us