Bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu untuk memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
Selepas ini, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu siding media sebentar tadi.
Menurutnya, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia
“Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” kata beliau dalam sidang media, di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.