
Jangka masa cuti bersalin buat wanita dilanjutkan kepada 98 daripada 60 hari, manakala cuti paterniti dipanjangkan kepada tujuh hari daripada tiga hari sebelum ini.
Lanjutkan berkenaan diumumkan selepas mendapat sokongan Dewan Rakyat serta diluluskan dalam Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, ia bertujuan untuk memberi ruang kepada suami untuk menguruskan isteri yang baru sahaja melahirkan anak.
"Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam," katanya.
Kelayakan cuti paterniti terhad kepada lima kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin manakala pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.
Sumber : Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.