
Seperti kita semua sedia maklum media hiburan tempatan digemparkan dengan spekulasi status pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi dan kini spekulasi itu akhirnya terjawab selepas ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan Suffian sudah putus kepada sebuah agensi berita. Ini adalah pesanan dari Da'i Wan buat pasangan ini yang telah putus tunang. Mungkin pasangan yang hubungannya terhenti sekerat jalan boleh mengambil iktibar dan pengajaran dari pesanan Da'i Wan ini.
Assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mulakan.
Kehadapan @sufiansuhaimi_ & @elfiraloy , jangan malu akan hal ini, kerana kalian tidak pun mencanggahi mana2 sudut pandang Islam yang sebenar dalam hal ‘Bertunang’. Sebenarnya perpisahan kalian tidak pun lari dari objektif mengapa pertunangan itu diciptakan atau diadakan.
. .
Dalam buku saya ‘Bertunang-One Step Closer’. Telah saya kupaskan perihal ini. Pertunangan adalah tempoh kita suai kenal pasangan kita, apa yang kita boleh bertolak ansur dgnnya, penerimaan keluarga kita & dia bagaimana, sejauh mana kita boleh bersabar dengan sikap dia. Itu semua menjadi ukuran dalam pertunangan. Maka dalam tempoh bertunang, ketahuilah, ia memang menjadi asas utk cari titik kesefahaman, dan bila kita nampak tiada, maka sudah tentu berpisah adalah jalan yang akan menjaga kesucian perkahwinan yang nak dibina nanti. Sebab itu saya nak kalian tahu, ada jalan hikmahnya pertemuan & perpisahan dlm sesebuah pertunangan. Dengan ini kalian tidak akan menjadikan kesedihan terpisah ini berpanjangan & seolah tak dpt diganti semula.
. .
Kepada semua, ketahuilah kita tersalah pandang dlm isu putusnya pertunangan. Ia bukan suatu yang memalukan, ia bukan suatu keaiban seperti yg digembar gemburkan selama ini. Sebaliknya, jika pasangan itu tidak jumpa jalan kesefahaman, maka perpisahan itu senantiasa menjadi jalan yg baik. Perpisahan sewaktu pertunanganlah yg akn menyelamatkan sedikit sebanyak institutsi perkahwinan dari penceraian. Kalian, kalaulah kalian tahu hari ini, rata2 penceraian berlaku dlm tempoh 1-2 tahun perkahwinan sahaja. Yang bercerai banyaknya kerana ketidaksefahaman dgn pasangan & keluarga. Kalian, saya ingat lagi, Nabi saw pernah sebut: “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah Talak (Perceraian).” Sahih dalam Sunan Abi Daud. Kalian, sedar atau tidak, itu lebih teruk kedudukannya jika ia berlaku, Allah swt “Benci”, ia bukan lagi hal enteng. Maka dgn itu, saya berharap agar Sufian & Elfira faham, terputusnya kalian bukan terputusnya ukhuwah sesama Islam, cuma terputus kerana tidak keserasian & kesefahaman. Semua ini semata untuk menjaga kesucian perkahwinan nanti supaya tidak berlaku penceraian yg menyebabkan Allah swt murkai dgn kebencian.
..
Sufian dan Elfira, jangan bersedih lagi ya. Allah swt bagi kalian berdua ‘Masa’. Dengan masa, ia selalu menjadi ubat kepada masalah kita. Allah bagi kita masa, untuk duduk berehat sebentar, bukan tak lagi bangun, tak mahu lagi berjalan dalam dunia ini sebab kecewa dengan ujian-Nya. Maaf, salah kalau begitu pemahamannya. Dengan masa yang ada, ia ubat ia juga proses mencari jalan dengan melihat jalan mana yang betul yang patut diambil. Kali ini kalian tidak berjodoh, tidak apa-apa, dengan masa yang ada, ini peluang untuk cari ‘New way’ and ‘New hope’. Jangan pernah terputus silaturahim antara kalian. Berbaik terus sesama kalian dan begitu juga dengan keluarga kedua belah pihak. Kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar cahaya kebaikan menyuluhi Sufian dan Elfira untuk dunia dan untuk akhirat kedua-duanya.
Sekian, saya Da’i Wan.
(Penulis buku “Bertunang - One Step Closer”.)
Sumber dari Facebook Da'i Wan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.