Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lebih 600,000 Individu Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam.
nura
25 Feb 2021, 10:32 AM
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera pada hari Rabu. Setakat 9 malam tadi, seramai 637,000 telah mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin melalui aplikasi tersebut.

lebih 600,000 individu daftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui aplikasi mysejahtera


Memetik laporan Awani, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

"Aplikasi MySejahtera sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif, setiap hari kita dapat hampir 18 hingga 20 juta check-in. Itu menunjukkan banyak interaksi dan penggunaan MySejahtera dalam kalangan rakyat.

"Buat masa ini kita memang tidak mewajibkan penggunaan MySejahtera tetapi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakannya. Mewajibkan sesuatu bukan selalunya strategi kami, ia datang dengan kesukarelaan," katanya

lebih 600,000 individu daftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui aplikasi mysejahtera

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan program pendaftaran vaksinasi COVID-19 petang semalam, melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu.

Selepas perdana menteri menjadi individu pertama menerima vaksin dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di negara ini pada 2.43 petang semalam di Pejabat Kesihatan Putrajaya, majlis pelancaran program imunisasi diadakan.

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera merupakan antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam negara.

lebih 600,000 individu daftar sebagai penerima vaksin covid-19 melalui aplikasi mysejahtera

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir di fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambahan pula, Dr Mahesh turut memberi jaminan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera memandangkan aplikasi tersebut di bawah akta penting seperti Akta Perubatan 1971 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain turut menjalankan hubungan strategik dengan Agensi Keselamatan Siber Negara.

Bahkan, beliau turut berkata sebanyak 48 peratus kontak rapat COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }