Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini termasuklah Malaysia telah mengubah kehidupan harian kita. Dalam usaha membendung penularan virus ini, kita mengikut SOP. Kalau sebelum ini kita bekerja di pejabat, sekarang ini kita perlu bekerja dari rumah. Semua orang kena membiasakan diri dengan norma baharu.
Banyak perniagaan juga terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup baru ini. Oleh itu, wujudnya Nasi Kandar secara pandu lalu! Lagi senang la nak beli Nasi Kandaq lepaih ni!
Perkhidmatan pandu lalu di restoran makanan segera sudah wujud sekian lama di Malaysia. Hussain Nasi Kandar adalah restoran Nasi Kandar yang amat dikenali ramai. Lagi-lagi di Pulau Pinang dan Kedah. Siapa yang tak tau Hussain Nasi Kandar kan?
Satu lagi restoran Hussain Nasi Kandar akan dibuka di Sungai Dua, Penang tapi kali ini lain sikit la! Pelanggan boleh dapatkan nasi kandar mereka terus ke pintu (kereta) mereka dengan cara yang lebih selamat!
Cara ini lebih selamat dan pantas untuk mendapatkan sebungus Nasi Kandar yang sedap, yang paling best tak perlu keluar kereta!
Namun, pandu lalu ini hanya ada di Pulau Pinang sahaja pada masa sekarang. Tapi kami berharap mereka akan buka pandu lalu macam ini di setiap negeri!
Jadi apa cer, korang akan cuba tak Nasi Kandar pandu lalu ini?
Sumber: Hussain Drive Thru Nasi Kandar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.