Pasangan Bretts akhirnya menarik nafas lega selepas dikurniakan seorang anak perempuan, selepas mendapat 10 orang anak lelaki.
Alexis Bretts yang kini berusia 39 tahun meluahkan rasa gembira selepas selamat melahirkan bayi perempuan.
Alexis pada mulanya tidak menjangka akan hamil sekali lagi selepas melahirkan Rothagaidh, iaitu anak lelakinya yang ke-10 kira-kira dua tahun lalu.
Menurut Alexis lagi, bayi perempuan yang diberi nama Cameron ini telah mengubah kehidupannya dirumah kerana abang-abangnya akan senyap dan bersama-sama menjaga adik bongsu mereka bersama.
Ditanya sama ada Alexis mahu menambah bilangan anak selepas ini, jawab Alexis ringkas, “Tidak sama sekali, cukuplah yang ada ini”.
Sumber: Elite Readers
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.