Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Mama Tetap Bangga Walaupun Amar Kayu…” - Datin Seri Shahida Sebak Lihat Perubahan Anak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 Aug 2025, 11:34 AM

“mama tetap bangga walaupun amar kayu…” - datin seri shahida sebak lihat perubahan anakFoto: Instagram

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida, mengakui tidak dapat menahan rasa sebak apabila menyaksikan perubahan besar anak sulungnya, Ammar Ahyan, yang kini semakin berani tampil di hadapan khalayak meskipun sebelum ini dikenali sebagai seorang yang introvert.

Menurut Shahida, pada awalnya beliau berasa risau dan sering memikirkan bagaimana Ammar dapat menyesuaikan diri dengan dunia luar kerana anaknya itu tidak begitu gemar menjadi perhatian. Namun, kebimbangan tersebut ternyata meleset apabila Ammar berjaya membuktikan keberanian dan bakatnya sebagai pengacara program Post Mortem Talk To My Manager bersama bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Jujurnya saya sebak dan gembira melihat anak membesar. Dulu, semasa Ammar masih kecil, saya selalu terfikir bagaimana dia mahu ke depan sebab dia tidak suka kamera. Tetapi siapalah kita untuk menolak percaturan Allah SWT,” tulis Shahida menerusi hantaran di platform Threads.

Beliau menambah, perubahan yang ditunjukkan anaknya itu membuatkan dirinya semakin yakin bahawa setiap aturan Allah SWT mempunyai hikmah tersendiri.

“Rahsia Allah kita tidak tahu. Budak introvert yang selalu ditegur kerana pendiam akhirnya boleh melangkah ke depan. Mama tetap bangga walaupun Ammar ‘kayu’,” ujarnya dengan nada penuh kasih sayang.

Program Post Mortem Talk To My Manager bersiaran setiap hari Ahad sejurus selepas berakhirnya konsert mingguan Talk To Manager. Kehadiran Ammar dalam program tersebut nyata memberi nafas baharu apabila beliau menampilkan sisi yang berbeza daripada kebiasaan.

Malah, pada minggu lalu, Ammar berjaya menghidupkan suasana di Auditorium MBSA apabila berani tampil di pentas menyanyikan lagu kegemarannya daripada penyanyi tersohor Misha Omar berjudul Break. Aksi bersahajanya itu bukan sahaja menghiburkan penonton, malah mencuit hati ramai sehingga rakaman persembahannya tular di media sosial.

Bagi Shahida, pencapaian yang ditunjukkan anaknya itu adalah bukti bahawa setiap individu memiliki masa dan caranya tersendiri untuk bersinar. Perubahan positif tersebut turut menjadi sumber kebanggaan buat keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan Ammar dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us