![[video] video dato’ david arumugam tular, netizen teruja – “terima kasih!”](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/doublepic-5-1_1.png)
Foto: Tiktok (@falyqhikyleyangsebenar)
Rakyat Malaysia baru-baru ini kembali dihidupkan semangat nostalgia apabila satu video pendek memperlihatkan vokalis lagenda kumpulan Alleycats, Dato’ David Arumugam, sedang beratur santai di sebuah kedai tular di TikTok.
Video berdurasi hanya 17 saat itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @falyqhikyleyangsebenar, namun cukup untuk membuat ramai netizen ‘starstruck’. Dalam rakaman tersebut, figura ikonik yang sinonim dengan suara lunak dan gaya afro klasik itu kelihatan bersahaja, mengenakan t-shirt ringkas dan jean hitam, sedang menunggu gilirannya.
Lebih menyentuh hati, kapsyen video itu berbunyi:
"Terima kasih telah menghiburkan kami selama ini. Semoga sihat selalu, legenda."
Video itu dengan pantas mendapat perhatian ramai, meraih ribuan tontonan dan ratusan komen daripada peminat yang teruja melihat selebriti tersohor itu dalam suasana begitu santai dan merendah diri.
![[video] video dato’ david arumugam tular, netizen teruja – “terima kasih!”](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/tt-comments-1.png)
Dato’ David Arumugam bukan nama asing dalam dunia seni tanah air. Bersama kumpulan Alleycats, beliau telah mengukir pelbagai kenangan muzik buat generasi demi generasi sejak era 70-an. Suara unik dan persembahan penuh emosi menjadikan beliau salah satu ikon muzik paling disayangi di Malaysia.
Namun, apa yang benar-benar menyentuh hati rakyat ialah sikap rendah dirinya walaupun bertaraf legenda, beliau tetap bergaul dengan masyarakat tanpa sebarang keistimewaan.
Dalam dunia hiburan yang sering dibayangi glamor dan penampilan mewah, momen ini menjadi bukti bahawa keikhlasan, kesederhanaan dan kasih sayang peminat adalah nilai sejati seorang seniman.
Sumber: Tiktok (@falyqhikyleyangsebenar)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.