Datuk Azizul Hasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak buat negara menerusi acara keirin sebentar tadi.
Menerusi temubual bersama wartawan Astro Arena, Bazly Azmi selepas perlumbaan Datuk Azizul tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan sejak usianya 15 tahun lagi. Beliau juga meluahkan kerinduannya pada keluarga memandangkan ayahnya kini terlantar sakit disebabkan stroke.
Air mata kerinduan bertukar gembira selepas Bazly memberitahu Azizul bahawa isterinya kini sedang mengandung anak ketiga mereka. Bazly menyimpah rahsia itu sebelum berlepas ke Tokyo atas permintaan isteri Azizul sendiri.
Azizul kelihatan sebak dan terus melakukan sujud syukur selepas dikhabarkan berita gembira tersebut.
Dalam temubual itu juga, Azizul memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawa pingat emas buat Malaysia di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Namun, beliau sudah lakukan yang terbaik demi negara.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.