Pengasas sos, kicap dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.15 pagi di kediamannya di Larkin Jaya semalam.
Menurut cucunya Amiza Abdul Aziz, jenazah Allahyarham Lambak, berusia 100 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari.
Menurut Amiza, arwah tiada komplikasi penyakit, malah arwah berada dalam keadaan sihat sahaja sebelum ini.
Arwah meninggalkan seorang balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.
Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.