Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Saya Menyanyi Untuk Menghargai Warga KKM, Rela Hati dan Tanpa Bayaran”- Datuk Seri Siti Nurhaliza

IDRUS, Husna Najwa
24 Apr 2025, 11:01 AM

“saya menyanyi untuk menghargai warga kkm, rela hati dan tanpa bayaran”- datuk seri siti nurhaliza

Foto: Instagram

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan terlibat secara langsung dalam membuat persembahan pada Majlis Hari Raya anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tular di media sosial hari ini. Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa kehadirannya ke majlis tersebut hanyalah sebagai tetamu undangan.

"Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan. Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran.

“Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis semalam," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi media sosialnya.

Siti turut menegaskan agar isu ini tidak terus diperbesarkan atau disalah tafsir oleh masyarakat yang tidak mengetahui keadaan sebenar.

Seperti mana penjelasan saya, saya tidak minta apa-apa bayaran, saya datang sebagai tetamu dan saya menyanyi dengan rela hati.

Saya rasa penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama/gambar saya dengan sesuatu yang tidak sahih beritanya," katanya.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan berita yang mengkritik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, serta kementeriannya kerana didakwa berbelanja besar bagi penganjuran Majlis Hari Raya mereka.

Kritikan itu timbul susulan majlis tersebut menampilkan persembahan daripada penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Mila Jirin.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us