Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Datuk Wan Ahmad Farid Dilantik Sebagai Ketua Hakim Negara Baharu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Jul 2025, 10:45 AM

datuk wan ahmad farid dilantik sebagai ketua hakim negara baharuFoto: Astro AWANI

Kekosongan jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara akhirnya terisi apabila Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara rasmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia, majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat angkat sumpah jawatan dan sumpah setia akan berlangsung pada 28 Julai ini di Istana Negara, di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid dibuat berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Pelantikan tersebut telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah menerima nasihat Perdana Menteri dan selepas proses perundingan dengan Majlis Raja-Raja dilaksanakan.

Dalam pada itu, jawatan Presiden Mahkamah Rayuan pula akan disandang oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi pula bakal dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan penyandang terdahulu yang akan bersara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati proses pelantikan Ketua Hakim Negara kerana ia adalah suatu ketetapan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tambah beliau, prosedur pelantikan tersebut dijalankan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Terdahulu, pada 1 Julai lalu, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah mengucapkan penghargaan kepada semua pihak sempena hari terakhir beliau memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara di Mahkamah Persekutuan.

Ucapan penghargaan itu turut mewakili Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersara wajib bersama beliau.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us